Friday, April 11, 2008

ujian penurunan bagi konkrit

Pengenalan ujian penurunan (slump test)

  1. Ujian penurunan bersesuaian untuk campuran melekat normal yang kerbolehkerjaan sederhana tinggi.

  1. Kebolehkerjaan konkrit penting untuk menilai pratikalnya perletakan dan pemadatan campuran.

  1. ia juga mengawal kualiti konkrit yang dihasilkan .

  1. kebolehkerjaan penting untuk mengekalkan konsistensi kerja.

  1. kebolehkerjaan boleh diukur dengan ujian piawai ( ujian runtuhan)

  1. kontraktor perlu menentukan kebolehkerjaan yang diperlukan untuk sesuai dengan pembinan dan cara menentukan kebolehkerjaan yang diperlukan yang bersusuaian dengan pembinaan.

Objektif ujian

  1. memastikan ketekalan ( consistency ) bancuhan konkrit.

  1. menjamin konsistensi keseluruhan kerja.

  1. mengawal kualiti konkrit.

  1. menilai pratikalnya ke atas kandungan air, simen dan pasir.

Tempat

Ujian ini dilakukan ditapak bina , tempat bancuhan konkrit dibuat .

Alatan

Alatan yang digunakan ialah acuan (slump cone) yang diperbuat daripada kepingan logam. Ukuran dalam acuan tersebut:

Garis pusat bahagian bawah : 200 + 2mm

Garis pusat bahagian atas : 100 + 2mm

Tinggi frustum : 300 + 2mm

Alat getar atau sebatang besi bulat berdiameter 16mm dan panjangnya 600mm . digunakan bersama pembaris untuk mengukur.

ujian

Kaedah

gambarajah

Acuan diletakkan di atas lantai yang rata dan dibasahkan terlebih dahulu sebelum diisi bancuan konkrit.

Sampel konkrit yang hendak diuji mestilah diambil daripada bancuhan yang baru dibuat. Sampel yang diambil itu hendaklah diisi ke dalam acuan secara berlapis, biasanya dalam tiga lapis. Tiap-tiap lapis mesti dimampatkan dengan getaran datau dicucuk dengan batang besi yang disediakan sebanyak 25 kali sebelum lapisan yang berikut diisikan.

Apabila acuan tersebut telah penuh diisi, permukaan konkrit digelek rata dengan menggunakan besi tadi.Acuan ditarik keluar secara tegak dan diletakkan di sebelah spesimen konkrit. Penurunan yang berlaku ialah ukuran tinggi antara spesimen dengan acuan tersebut.Kebolehkerjaan (workability) konkrit.

Nilai penurunan yang dihasilkan akan menjadi satu ukuran tentang sejauh mana konkrit atau mortar tersebut dapat dikerjakan. Kaedah perletakan juga bergantung kepada nilai penurunan yang diperoleh kerana campuran yang berkebolehkerjaan tinggi tidak memerlukan pemadatan secara langsung bagi membentuk konkrit yang padat.

Keputusan ujian:

1. Dinilai dari segi keadaan atau jenis runtuhan secara fizikal. Turun ricih adalah kegagalan kiub yang boleh diterima.

2. menilai jarak runtuhan

(a) Turun benar

(b) Turun riceh

(c) Turun runtuh

Konsistensi

Runtuhan

Terlalu kering

0

Sangat keras

0 – 12.7

Keras

12.7 – 25.4

Plastik keras

25.4 – 50.8

Plastik

50.8 – 101.6

Cair

101.6 – 152.4

Sangat cair

152.4 – 203.2

Penurunan bagi beberapa jenis kerja konkrit.

Jenis kerja konkrit

Penurunan

Konkrit biasa yang tidak bertetulang]

Tembok penahan dan tiang

Rasuk dan papak

Kerja jalan dan lantai

23 – 50 mm

75 – 125 mm

50 – 100 m

25 – 100 mm

Keputusan ujian dipengaruhi oleh :

  1. nisbah air simen.
  2. masa diambil selepas konkrit dibancuh. Ia perlu segera diuji bagi mengekalkan air daripada terhidrat.
  3. alat yang digunakan berkeadaan baik, bersih dan kering.

Kesimpulan

Konkrit yang dibancuh cair mengalami penurunan yang lebih dibandingkan dengan penurunan bagi bancuhan konkrit yang kurang air. Jenis kerja konkrit yang berlainan memerlukan penurunan yang tertentu untuk menjamin pencapaian kekuatan konkrit yang dikehendaki.

CIRI-CIRI KONKRIT

CIRI-CIRI KONKRIT

Konkrit dihasilkan daripada bancuhan simen,pasir, batu baur kasar dan air. Dalam kerja pembinaan , konkrit yang telah disediakan ditempatkan dalam acuan yang berbentuk struktur tertentu dan dibiarkan mengeras . Konkrit selalunya digunakan untuk membuat asas,tiang,lantai,tembok rasuk dan bumbung.

Konkrit banyak digunakan kerana mempunyai cirri-ciri yang baik. Antaranya ialah :

_Konkrit mengeras dengan kehadiran air. Ianya penting dalam pembinaan terutamanya dalam pembinaan asas.

_Konkrit tidak berkarat atau reput. Tahan kepada serangan anai-anai atau serangga lain.

_Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentuk mengikut acuannya. Ia juga mudah dikerjakan jika dibancuh dengan nisbah yang sesuai.

_Tahan panas dan tidak mudah terbakar.

_Bahan-bahan untuk membuat konkrit mudah didapati dan murah.

_Konkrit tahan lasak

_Konkrit mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi

Kualiti konkrit dipengaruhi perkara-perkara berikut :

_Kualiti bahan-bahan yang digunakan

_Nisbah bancuhan

_Penggredan batu baur

_Amaun air yang digunakan

_Cara memampatkannya setelah ditempatkan dalam acuan

_Pengawetan yang dilakukan secara mengeras

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KONKRIT

***SIMEN

Simen adalah bahan yang aktif manakala pasir dan batu baur merupakan bahan lengai . Simen adalah bahan yang mengikat pasir dan batu baur untuk menjadikan konkrit yang padat. Simen mengalami tindak balas kimia apabila bercampur dengan air. Simen akan melekatkan pasir dan memenuhi lompang-lompang diantara batu-batu baur kasar dan menjadikan ia padat.

Antara simen yang dikilangkan ialah simen portland biasa , simen cepat mengeras , simen lebih aluminia , simen putih , simen berwarna dan lain-lain. Simen portland biasa paling kerap digunakan dalam pembinaan. Simen ini akan mengeras secara biasa dan dijual dalam beg kertas dalam berat 50kg.

Simen cepat mengeras pula digunakan dalam pembinaan yang memerlukan masa yang singkat seperti pembinaan dalam air dan membaiki jalan raya. Simen putih dan simen berwarna digunakan dalam kerja hiasan sperti memasang jubin, membuat kepingan terazo dan sebagainya .

***BATU BAUR

Pasir dan serpihan batu adalah batu baur yang biasanya digunakan dalam membuat konkrit. Batu baur perlu digredkan saiznya. Batu baur yang tidak melebihi 5mm dikategorikan sebagai batu halus. Batu baur kasar pula bersaiz antara 5mm hingga 50mm. Jenis batu yang digunakan ialah batu keras sperti granit.

_Sifat batu baur

Batu yang digunakan untuk membuat konkrit perlu memounyai sifat-sifat berikut :

:Kekuatan dan ketahanlasakan

:Saiz butir batu

-Saiz maksimum bagi batu kasar hendaklah mematuhi mana yang lebih

kecil

_Tidak boleh melebihi ¼ tebal minimum anggota struktur

_Hendaklah 5mm kurang daripada jarak diantara dua tetulang utama bagi :Konkrit bertetulang rasuk dan tiang.

_Hendaklah 5mm kurang daripada tebal konkrit kulit (concrete cover) yang minimum.

_Bentuk butir batu

_Batu baur yang berbentuk bulat,tidak sekata (irregular) , berkeping

(flaky), bersegi tajam (angular) dan lain-lain.

_Batu baur yang panjang dan berkeping memerlukan nisbh air yang lebih tinggi

berbanding batu baur yang berbentuk bulat.

_Batu baur yang berbentuk bulat,tidak sekata dan bersegi tajam lebih sesuai

menghasilkan konkrit yang baik berdasarkan kesan nisbah air- simen ke atas kekuatan konkrit.

_Tekstur permukaan batu

-Batu baur yang permukaan kasar akan menghasilkan konkrit

yang lebih kuat berbanding batu baur yang permukaan licin.Batu

baur yang licin pula memberi kesenangan semasa bancuhan

konkrit dan kekuatan ikatan yang rendah.

_ Ketidaktelapan

- Sifat ketidaktelapan penting dalam pembinaan struktur seperti kolam dan tangki air.

- Kelengaian terhadap bahan kimia

-Batu baur yang mempunyai sifat ini tidak bertindak balas dengan bahan kimia seperti pencuci lantai.

Bentuk bulat

Bentuk tidak sekata

Bentuk berkeping

Bentuk bersegi tajam

Bentuk tajam

Bentuk berkeping tajam

Menggredkan batu kasar

Tujuan penggredan adalah untuk menjamin kemampatan konkrit apabila dibancuh dengan pasir , air dan simen. Lompang-lompang diantara batu-batu kasar hendaklah diisi oleh batu-batu yang kecil supaya mampat. Proses penggredan batu-batu baur kasar mempengaruhi kekuatan konkrit. Ia juga mempengaruhi kesenangan ketika membancuh konkrit. Penggredan yang sesuai untuk konkrit biasa ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Ayak (sieve)

Peratus melalui ayak

Saiz batu yang telah digredkan

37mm -5mm

18mm-5mm

12mm-3mm

37mm

30-100

100

-

18mm

30-70

95-100

100

12mm

-

-

90-100

10mm

10-35

25-55

40-85

5mm

0-5

0-10

0-10

2.2.3.3 AIR

Terdapat 3 peranan air dalam bancuhan konkrit :

  1. Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan cara menyeluruh.
  2. Air memudahkan kerja pembancuhan
  3. Air merupakan agen tindak balas kimia untuk mengikat semua butir batu baur dalam konkrit.

Air yang digunakan untuk membancuh konkrit perlulah bersih dan tidak mempunyai sebarang kotoran.Air yang mempunyai garam akan mengurangkan kekuatan konkrit dan menyebabkan permukaan berperoi.

Jumlah air yang diperlukan untuk membancuh konkrit adalah berdasarkan kepada nisbah air-simen yang dikehendaki. Secara amnya purata air yang diperlukan ialah 125 hingga 144 liter per meter padu (21-24 gelen per ela padu) bagi bahan kering.

NISBAH AIR-SIMEN

Jika air digunakan lebih daripada had yang sepatutnya , kekuatan dan ketumpatan konkrit akan berkurang . Konkrit akan retak apabila mengecut. Air yang terlalu kurang pula menyebabkan bancuhan konkrit susah dikerjakan dan proses penghidratan tidak sempurna.

NISBAH CAMPURAN KONKRIT

Nisbah yang biasa digunakan ialah 1:2:4 (simen,batu baur kasar dan pasir), 1:3:6 dan 1:5:10 mengikut tempat dan kegunaanya. Bancuhan 1:2:4 digunakan dalam banyak jenis pembinaan memuaskan speperti pembinaan asas, lantai, tiang,rasuk ,tembok baik dalam konkrit biasa dan konkrit bertetulang. Nisbah 1:5:10 kurang kuat digunakan dalam konkrit tapak (site concrete) yang ditempatkan pada tapak asas dan sebagainya. Konkrit jenis ini tidak berupaya menerima tegasan tegangan. Nisbah 1:1½ :3 digunakan dalam konkrit bertetulang yang memerlukan kekuatan dan ketahanlasakan yang lebih dalam pembinaan rasuk dan tiang.

Contoh kegunaan konkrit mengikut nisbah bancuhannya adalah disenaraikan seperti jadual berikut :

Nisbah bancuhan

Kegunaan

1:1½:3

1:2:4

1:3:6

1:5:10

Konkrit tegas-dahulu,tangki air dll

Konkrit tetulang bagi tiang,rasuk

Lantai,konkrit jasad dll

Tapak tembok bagi peparit tanah keras,tapak konkrit di bawah lantai gantung

plastic concrete


broucher